Muqadimah








    PENGENALAN 

    Akademi Qiraati Al-Munir merupakan sebuah tempat pengajian Al-Quran dan Fardhu ‘Ain khusus untuk kanak-kanak. Akademi ini didaftarkan melalui Persatuan Qiraati Malaysia dan mula menapak di daerah Sik, Kedah  untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam khususnya di Kedah yang semakin cenderung kepada pengajian agama dewasa ini. Kemudian akademi ini berkembang dari satu cawangan ke cawangan yang lain sehingga terbentuk cawangan kelima di PuchongSehubungan dengan itu kami mengambil inisiatif menyediakan medium pembelajaran berkonsepkan teknologi untuk kanak-kanak dan mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh Insyallah. Disamping itu Akademi Qiraati Al-Munir juga menyediakan ruang kepada Ibu Bapa dan masyarakat sekitar untuk mendalami pengajian kitab bulanan secara percuma oleh ustaz jemputan di bawah naungan Darul Hadis. Oleh itu sokongan masyarakat Islam sangat diperlukan untuk memperkasakan institusi Al-Quran moden ini. Para pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu Al-Quran dan fardhu ain dalam Akademi Qiraati Al-Munir bolehlah membuat pendaftaran samada melalui online ataupun di meja pendaftaran Akademi Qiraati Al-Munir, Puchong.

    • Nama Pemilik (Puchong) Nurul Mu'azzah binti Roalli
    • Alamat                            : No. 13, Jalan Mawar, Taman Puchong Perdana, 41750 Puchong, Selangor.
    • No. Pendaftaran           : 007-48D   
    • Tel                                  : 019-4544833    
    • URL                               : www.akademiqiraatial-munir.blogspot.com
    •  
    • EMAIL                           :akademiqiraati@gmail.com

     

     

    CARTA ORGANISASI

     

    Penasihat           : Bolia bin Jaafar

    H/P: 013-4242980


    Pengurus             : Nurul Mu'azzah binti Roalli
    H/P                       : 0194544833
    Email                    : nurulmuazzah@gmail.com


    AKTIVITI

    Mengadakan pengajian Al-quran dan agama khusus untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas, seperti kelas Al-Quran dan Hafazan, kelas Qiraati, Kem Cuti Sekolah dan lain-lain lagi. Pembelajaran adalah berterusan dan penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa.
     

    MATLAMAT

    Akademi Qiraati Al-Munir berhasrat untuk menjadikan pendidikan Al-Quran diberi penekanan terutama sejak awal usia kanak-kanak supaya dapat melahirkan generasi Al-Quran pada masa akan datang dan pihak akademi sangat komited untuk mempersiapkan para pelajar mahir menguasai ilmu Al-Quran dalam masa 2 tahun.


    CAWANGAN:

    1)  N0.5, TAMAN ORKID, 08200 SIK, KEDAH (INDUK)

    2) NO 249, LORONG 13/8, TAMAN RIA MESRA 2, 08600.

    3) NO 970 LORONG 3/8, TAMAN KELISA RIA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.


    Aktiviti Akademi Qiraati Al-Munir dari Akademi induk (Sik, Kedah) dan cawangan  Sungai Petani dan Gurun.